BAITUL RAHMAH : RUMAH WARGA EMAS

 

Pusat penempatan warga emas yang diberi nama Baitul Rahmah, beralamat di:

 No.2, Jalan Desa 10/4, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Pusat ini bukan sahaja mengambil berat maslalah kebajikan asal seperti makan minum dan tempat tinggal dankesihatan bahkan turut mengambil kira pengisian jiwa dan rohani yang mencukupi.

Mereka yang tinggal di sini masih sihat dan tidak uzur. Jadi masa terluang dipenuhi dengan aktiviti kemasyarakatan seperti membantu dan menziarahi orang yang baru bersalin, mengajar al-Quran untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Membungkus makanan ringan dan barangan untuk diagih-agihkan kepada fakir-miskin. Warga emas di Baitul Rahmah ini sangat aktif dengan kerja-kerja amal yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Di antara aktiviti harian yang dilakukan di pusat ini ialah: -

Program qiamulail seperti solat sunat tahajjud, taubat, hajat, merintih dan bermunajat. - Solat fardhu berjemaah. - Senaman Minda (Senaman ringan sambil berzikir) - Kuliah ringkas - Mengemas rumah - Aktiviti luar dan khidmat masyarakat - Muhasabah diri

Setakat ini terdapat 6 orang penghuni di rumah tersebut. Mereka sering di bawa menghadiri program-program anjuran YKPPM dan jemputan dari pelbagai pihak untuk diraikan dihiburkan.

Sumbangan cek untuk BAITUL RAHMAH boleh di buat atas nama:

YAYASAN KEBAJIKAN & PERKHIDMATAN PERUBATAN MALAYSIA.

Maybank Banking Berhad 5620-1210-4020. 

SILA MAKLUMKAN kepada Bahagian Kewangan YKPPM bahawa sumbangan anda adalah untuk BAITUL RAHMAH atau email kepada:

Email: info@ykppm.org.my

Bahagian Perhubungan YKPPM:
(a) USTH. MAZLINA BT. ABD.RAHIM
Hp: 019-4484103


(b) SITI HAJAR BT. ABD. AZIZ
Hp:019-9165235

 

Pengurus:

CIKGU AISHAH - Hp: 016-3313534

 

 

|Laman Utama| |Misi& Visi| |Aktiviti| |Hubungi| |Sumbangan|