RUMAH SIRAMAN KASIH

Pendidikan adalah satu agenda yang sangat penting di dalam sesebuah Negara. Ia sangat diambil perhatian kerana pendidikanlah yang menjadi penentu kepada lahirnya generasi pelapis yang mampu memimpin dan menerajui Negara di masa akan datang.

Sering berlaku, anak yatim dan miskin ini hanya diberi perhatian dari sudut materialnya sahaja seperti wang ringgit, makan minum, pakaian yang secukupnya dan lain-lain keperluan, tetapi dari sudut mental dan rohaninya masih sedikit golongan yang benar-benar serius menitik beratkan. Pendidikan bagi mereaka boleh dilakukan ala kadar. Penjagaan anak-anak yatim secara tidak tepat bukan sahaja boleh membuat mereka terbiasa untuk sentiasa mengharap subsidi dan tidak berdikari, bahkan boleh menjadi insan-insan yang tidak redha sehingga kelak boleh mendatangkan pelbagai masalah di tengah masyarakat.

 

 

 

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

Cikgu Hajar : 013-2073132 / 019-7781050

MOTTO: Ilmu dan Pendidikan Membangunkan Insan

 

Sumbangan cek untuk RUMAH SIRAMAN KASIH boleh di buat atas nama:

 

RUMAH SIRAMAN KASIH


Maybank Banking Berhad
5620 1200 3129

 

Sumbangan boleh dilakukan melalui

ON-LINE Banking ke akaun:

 

Rumah Kasih Harmoni

MAYBANK :5121- 8313- 4032

 

Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada:

rsk@rumahamal.org

 

 
 

Dalam realitinya bukan sahaja anak-anak yatim yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan pendidikan, tetapi juga anak-anak lain yang hakikatnya macam anak yatim, bahkan terkadang mereka lebih susah dari anak yatim itu sendiri, kerana anak yatim lebih diberi perhatian oleh orang. Memandangkan perkara ini, maka Rumah Siraman Kasih menampung dan mendidik anak-anak dengan berbagai latar belakang di antaranya anak-anak yatim, anak-anak dari golongan fakir miskin, anak yang ‘miskin’ dengan kasih sayang ibu ayahnya, kurang atau tidak dapat perhatian dari orang tuanya.

 

 

ALAMAT:

No. 33, Jalan 8/2, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

 

|Laman Utama| |Misi& Visi| |Aktiviti| |Hubungi| |Sumbangan|

Rumah Amal Siraman Kasih menaungi anak yatim, anak ibu tunggal, dan juga anak golongan asnaf zakat