|
|
|
KEKUATAN SEDEKAH
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan
Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah
menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya,
ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian
mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih
kuat daripada gunung ?"
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun
boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau
sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras
manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara
sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin"
(air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung
dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana
kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada ,
iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya
sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya
adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya,
sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlastanpa ada
unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah :
"Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat,
dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang
diniatkannya".
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan
niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji,
dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita
menjadi sia-sia.
GANJARAN BERSEDEKAH
Rasulullah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya
untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah
berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran
yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya
dan sabda RasuluAllah SAW.:
Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di
jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga)
maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".{Qs. Al Lail
(92) : 5-8}
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir
seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Qs.
Al Baqarah (2) : 261}
Rasulullah SAW bersabda,"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada
dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan,
karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada
Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".
TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk
menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda
Rasulullah SAW. :
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah
mendahului sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan
sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran
bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk
melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai
contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita
temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb)
menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal
sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan
laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) ,
sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka
yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti
keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan
umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang
kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi
urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi
hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya
adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan
andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita
dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian
sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada
pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan
maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum
sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan
biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at
ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at
berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih
dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sis i Allah Azza Wa
Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan
sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk
kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan
memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur
(invest) dan menabung di sis i Allah dengan jalan meminjamkan
pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda.
Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan
sesuatu.
SEDEKAH YANG PAHALANYA TERUS MENGALIR
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda
:
"Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali
tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak sha lih yang
mendo'akannya"(HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Jadilah dari "sejuta artikel" dengan meneruskan artikelini kepada
saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya,
sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana
dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkandari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayah, sesudah Kami
terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".
Dari Abdullah bin 'Amru ra, Rasulullah S.A.W bersabda:"Sampaikanlah
pesanku walaupun hanya satu ayat".
Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.
|
|