|
|
|
MEMISKINKAN DIRI
DAN
PENGERTIAN ZUHUD YANG SEBENARNYA
Dunia ini Allah punya segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun
Allah punya. Bahkan kita manusia ini pun Allah yanc punya. Justeru itu
pada hakikatnya, kita tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki.
Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan, wang ringgit yang
menimbun-nimbun, kekayaar itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan.
Kekayaan itu termasuk diri kite sendiri, ia juga adalah milik Tuhan.
Kita sebagai manusia dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita
bila-bila pun miskin. Kite tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai
harta, kits hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kite hanya tukang tadbir
kekayaan Tuhan. Kite boleh ambil sekadar yang kita perlu dari kekayaan
kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang
memerlukan dan untuk masyarakat.
Allah jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk
keperluan semua hamba-hambanya. Segala rezeki dan kekayaan yang Allah
kurniakan itu cukup untuk hamba-hambaNya di muka bumi ini. Hanya rezeki,
harta dan kekayaan itu tidak diberi sama banyak dan same rata. Ada yang
dapat lebih. Ada yang dapat kurang. Supaya ada manusia yang kaya dan ada
manusia yang miskin.
Allah jadikan miskin kaya bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat
manusia semuanya miskin, make tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak
akan ada pencetus industri, perniagaan dan perdagangan. Tidak akan ada
pembela bagi orang yang fakir dan miskin. Ekonomi masyarakat tidak akan
ujud dan berkembang.
Manusia hanya akan sibuk mencari makanan sehari-hari untuk diri dan
keluarga masing-masing. Semua manusia akan hidup kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang. Tidak akan berlaku interaksi, usahasama,
kerjasama, khidmat dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain.
Tidak akan ada kemajuan. Tidak akan terbangun masyarakat, tamadun dan
peradaban. Semua manusia akan hidup macam orang asli atau kaum aborigin
yang semuanya samasama miskin.
Sebaliknya kalau dalam masyarakat manusia semuanya kaya-kaya belaka,
maka kekayaan itu tidak ada apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah
juga. Siapa yang akan menanam padi. Siapa yang akan ke laut menangkap
ikan. Siapa yang akan menternak lembu, kambing dan ayam. Siapa yang akan
menanam sayur dan pokok buah-buahan. Bukankah ini semua kerja orang
miskin. Apa yang orang kaya hendak makan. Takkan hendak makan duit, emas,
perak, intan dan berlian. Siapa yang akan
bina rumah, buat jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja
bekalan air dan elektrik dan beribu-ribu macam khidmat lagi.
Kalau hendak gerakkan industri dan ekonomi pula siapa yang akan jadi
buruh. Siapa yang akan jadi pekerja. Siapa yang akan jadi penyelia.
Akhirnya siapa yang akan jadi pembeli atau pengguna bagi barangan dan
khidmat yang dikeluarkan. Adanya miskin dan kaya itu adalah rahmat dari
Tuhan supaya manusia boleh mencipta kehidupan, membina masyarakat dan
menggerakkan tamadun. Supaya manusia kenal-mengenal, bantu-membantu,
saling perlu-memerlukan dan berkasih sayang di antara satu sama lain.
Tanpa adanya miskin dan kaya di kalangan manusia, maka tidak akan ada
interaksi. Tidak akan ada masyarakat.
Namun begitu, rezeki dan kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini
adalah untuk semua manusia walaupun pembahagiannya tidak sama banyak dan
tidak sama rata. Justeru itu apabila ada orang atau pihak yang tidak
menjaga dan tidak mentadbir harta dan kekayaan yang Allah amanahkan
kepada mereka dengan baik, maka akan berlakulah bencana. Apabila orang
kaya tidak menyama ratakan harta kekayaan mereka kepada fakir miskin dan
yang memerlukan, maka akan datanglah malapetaka. Apabila orang kaya mula
merasakan kekayaan mereka adalah hak mereka sendiri dan bukan hak Allah
yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah laknat dan bala.
Rezeki, harta dan kekayaan Allah itu adalah untuk semua manusia dan
masyarakat bukan untuk manusia yang tertentu sahaja. la mesti disama
ratakan. Kalau tidak akan timbul kelas dan kasta kaya miskin dalam
masyarakat yang satu sama lain benci-membenci, curiga-mencurigai,
hina-menghina dan dengkimendengki. Masyarakat akan menjadi kucar- kacir,
kacau-bilau, bergaduh dan berkelahi. Akan belaku berbagai bentuk jenayah
dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang. Manusia tidak kira kaya
atau miskin akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.
Oleh itu, semua manusia terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri.
Memiskinkan did ini bukan bererti kita mesti jatuh miskin. Memiskin diri
ialah menyedari dan merasakan bahawa kita sebagai manusia, hakikatnya
adalah miskin dan tidak punyai apaapa. Kesemua kekayaan adalah hak Allah
semata-mata. Kalau pun kita kaya dan berharta, kita tahu dan kita sedar
bahawa kita sebenarnya miskin. Kekayaan yang ada itu adalah amanah dari
Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan mengikut kehendak-Nya. Kita
boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan menggunakan yang
selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat. Memiskin diri
ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah untuk
diagih-agihkan kepada
golongan miskin dan masyarakat.
Inilah sebenarnya erti zuhud. Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau
tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini
kita punya. Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan
Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak. Zuhud ertinya mempunyai
kekayaan di tangan tapi tidak di hati. Orang yang zuhud ialah orang yang
telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya
untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.
|
|