KEMPEN AMAL JARIAH

Assalammualaikum,

Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan kepada usaha amal yang kami lakukan, semoga semua ini menyumbang kepada saham Taqwa untuk bekalan kita bersama di hari Akhirat kelak.

Kami menerima apa jua bentuk sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit, barangan makanan (kering/basah). peralatan, pakaian, cadangan, tenaga sukarealawan dan  sebagainya.  Saya sendiri, dan ramai individu mahu pun syarikat yang prihatin kepada usaha amal ini, namun kita tidak dapat memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, kerana sedia maklum, kita masing-masing mempunyai komitment tersendiri terhadap diri dan keluarga dan saudara terdekat kita.

Seperkara yang boleh kita lakukan agar kita mendapat saham bersama dalam amal jariah ini ialah, dengan memperpanjangkan mesej amal ini kepada kenalan2 atau syarikat2 yang kita memberi harapan dapat membantu, kalau tidak banyak, sedikit pun sudah memadai untuk kita saling bahu membahu kepada hasrat khususiah ini. Di sana ada saham akhirat untuk kita juga. Insya Allah.

Di sini ada contoh kempen amal yang telah kami war-warkan kepada umum. Sukacita sekiranya tuan/tuan dapat memperpanjangkan mana-mana kempen amal berikut mengikut kesesuaian bidang/kecenderungan individu/syarikat yang berkenaan.

Sekian , di atas keprihatinan tuan/tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam,

Yang berusaha,
Zahari bin Alwi

Pengarah Perhubungan YKPPM

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WAKAF/ WAKAF-GUNA: RUMAH & TANAH
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asmkum Tuan/Puan, sekiranya ada kenalan yang ingin mewakaf/wakaf-guna Rumah/Tanah kepada Rumah Amal silahlah ke:

TAWARAN UNTUK BERAMAL JARIAH:
Layari: www.rumahamal.org/wakaf.htm

Sekiranya ada yg ingin bersama dalam amal jariah ini, sila hubungi Usth. Rohana (HP: 019-3133430 - Wakil Lembah Kelang)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KERUSI & MEJA UNTUK TADIKA
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalammualaikum,

MOHON DIPERPANJANGKAN, SEMOGA ADA SAHAM KITA BERSAMA:

Sesi persekolahan yang baru bermula, mengundang beberapa keperluan baru bagi anak-anak di
Asrama dan Tadika Kasih Harmoni.

Keperluan yang sangat mendesak buat ketika ini ialah untuk menggantikan Meja dan Kerusi di Tadika Kasih Harmoni. Tahap kerosakkan terutamanya pada meja-meja di tadika RKH adalah sangat kritikal. Sehubungan dengan itu pihak kami mempelawa tuan/puan untuk sama mengambil saham dalam usaha untuk menggantikan keperluan yang dimaksudkan.

Sila layari link berikut untuk mendapatkan sebutharga yang telah diberikan oleh sebuah pembekal perabut:
http://www.rumahamal.org/tadika_rkh.htm

Untuk perbincangan lanjut berhubung dengan perkara sila hubungi:  Ustazah Rohana: 019-3133430

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEPERLUAN SET COMPUTER
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Pihak kami sedang mencari penyumbang untuk set komputer untuk Rumah2 Amal di bawah naungan YKPPM.

Sekiranya ingin membuat kebajikan dalam hal ini sila hubungi :
Rohana binti Ali | HP: 019-3133430
Email: rohana@ykppm.org.my
LAMANWEB: http://ykppm.org.my

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMBELIAN BAS DAN VAN

KEMPEN TERKINI KAMI UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS/VAN

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masa kini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah simpanan beras dan kenderaan, tetapi untuk kali kini kami lebih memberi tumpuan kepada mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sedia ada (WY 7778 - keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat !!!

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://rumahamal.org/bas.htm

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUMBLE SALE / JUALAN AMAL
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalammualaikum,

MOHON DIPERPANJANGKAN, SEMOGA ADA SAHAM KITA BERSAMA:

RKH akan mengadakan JUMBLE SALE sempena Muharram 1430H pada 19 - 20 Dis. 2009. Sehubungan dengan itu kami menerima apa jua bentuk sumbangan bagi memeriahkan majlis yang dicadangkan.

Jemput ke: http://rumahamal.org/wakaf.htm

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ROMPAKAN RSK:

Pada 12/02/2010 jam 3.30 pagi 4 orang berbangsa India yang bersenjata telah merompak asrama RSK dan mencederakan wardennya Ustazah Norimah (akibat 4 tumbukan di bahagian muka) yg kemudiannya di masukkan ke wad Hospital Sungai Buluh dan Alhamdulillah telah keluar wad pada jam 11 pagi keesokan harinya.

Dua unit komputer sumbangan Alam Maritim Resources & Aqiqahkorban.com dan sebuah kereta kancil (hijau) wakaf untuk RKH juga telah dilarikan.

Semoga semua yg berlaku ini ada hikmah yang tersembunyi dan mereka yang terlibat secara langsung terutamanya Ustazah Norimah dan Ustaz Azhar Chen (skrg berada di Negara China) bersabar dgn ujian ini.

Untuk keterangan lanjut berhubung dengan peristiwa ini sila hubungi Ustazah Rohana: 019-3133430
LINK:http://i981.photobucket.com/albums/ae293/kasihharmoni/Norimah_2.jpg

Sehubungan dengan itu, sekiranya ada pihak yg ingin menyumbang set KOMPUTER bagi menggantikan set yg dirompak itu bolehlah hubungi:
Ust. Zahari - HP: 019-2669430
bagi menyatakan specififikasi set PC yg ingin disumbangkan itu. Mzb. T.kasih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MASAK KAWAH UTK RUMAH AMAL YKPPM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalammualaikum,
Kalau ada kenal tokeh2 ayam, daging, ikan, telo, ikan masin & sayur2an dan sudi nak sponser utk persediaan memasak utk masak KAWAH anak2 RKH, RSK, RPR & staff YKPPM boleh hubungi:

Ustaz Zahari: 019-2669430.
Beliau boleh datang ambik di tempat tuan/puan.

WAKIL UNTUK MENGAMBIL SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN:
Lembah Kelang : Ustaz Zahari– 019-2669430
Semenyih & Beranang : Usth. Zaiton - 019-2645313
Cheras, Kajang & Bangi : En. Ku. Hafiz - 012 4374379
Putrajaya, Puchong : Usth. Nafisah: 019 3160449
Petaling Jaya & Shah Alam : En. Zuki – 012 7697457
Sentol, Gombak &Selayang : Pn. Fida – 013-5133139

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 RUMAH-RUMAH AMAL DIBAWAH NAUNGAN YKPPM:
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(A)  RUMAH KASIH HARMONI - RKH

No. 1, Jalan 13/3, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rkh.ykppm.org.my

PENGURUS: Usth. Noreha bt . Yaakob:

HP: 019-3133430 / 013-9559985

(B)  RUMAH SIRAMAN KASIH – RSK

No. 2, Jalan Desa 12/2, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.

LAMANWEB: www.rumahamal.my/rsk.htm

PENGURUS:  Cikgu Hajar bt. Ismail

HP : 013-2073132 / 019-7781050

(B)  RUMAH AMAL PERMATA ROHANI

No 43, Jalan DM 3/2, Taman Desa Mas, 48000,

Rawang,  Selangor Darul Ehsan

LAMANWEB: www.rumahamal.org/rapr.htm

PENGURUS:  Ustazah Shamsiah

HP :  014-2266577 / 013-3133430

 (D) BAITUL RAHMAH (Warga Emas)
No.2, Jalan Desa 10/4, Bandar Country Homes,48000 Rawang, Selangor.
PENGURUS: Ustazah Mazlina bt. Abd. Rahim
Hp: 019-4484103

  | MENU UTAMA|