|
|
|
Fungsi Orang Miskin Dan KayaDi dalam masyarakat manusiaAllah Taala jadikan satu sama lain tidak samaDi antaranya adanya miskin dan kaya ada hikmahnya
Miskin walaupun tidak diminta, ia diperlukan Kaya juga di dalam masyarakat lebih-lebih lagi Adanya miskin dan kaya satu keindahan Di situ ada kerjasama dan perlu-memerlukan
Kalau semua orang kaya, kaya yang tidak mempunyai erti apa-apa Kerana banyak keperluan hidup orang kaya tidak mampu menyediakan, tiada siapa yang mengadakan Ertinya akan terjadi kaya yang menyusahkan
Lebih-lebih semuanya miskin, lagi menyusahkan dan menyulitkan Adanya fakir miskin membolehkan si kaya membela, dapat pahala Timbul kasih sayang dari bantuannya Fakir miskin mendapat hiburan dari pembelaan Terjalinlah di antara orang kaya dan orang miskin jalinan persaudaraan
Persaudaraan tidak ada manusia yang menolaknya Fitrah manusia semuanya sama, persaudaraan diperlukan Bukankah indahnya adanya miskin dan kaya Bilamana setiap orang itu berfungsi mengikut kedudukannya Lahirlah buahan ukhwah dan perpaduan Memang semua orang sangat memerlukan Kalau begitu apalah yang menjadi masalah dengan kemiskinannya? Tidak ada masalah, kerana masalah itu membawa kebaikan Melainkan setelah manusia rosak jiwanya Si miskin tiada sabarnya, si kaya tidak mahu membela Maka lahirlah dua puak yang begitu jauh jurangnya Satu sama lain sentiasa bermusuh-musuhan Akibatnya kedua-dua puak mendapat kesusahan |
|
|