| |
|
PERANCANGAN JANGKA PANJANG:
Pihak kami bercadang
untuk memindahkan
sebahagian dari anak-anak dari Rumah Amal yang agak terpencil ini untuk di tempatkan di kawasan
berdekatan dengan Lembah Kelang. Tujuan kami ialah agar mudah
pihak kami untuk memantau dan menyalurkan keperluan Rumah Amal ini.
Selain dari itu pihak individu dan badan
koporat yang ingin menghulurkan bantauan kepada Rumah Amal
kebanyakannya tinggal di sekitara Lembah Kelang, kesibukan berkerja dan
kesuntukan masa telah membantutkan niat murni mereka untuk menziarah dan
membuat kerja amal sekiranya lokasi rumah amal ini terletak jauh dari
tempat mereka. Dengan menempatkan sebuah dari Rumah Amal di sekiar
Lembah Kelang akan memudahkan saluran bantuan di pusat dan diagihkan
kepada rumah-rumah amal yang lain.
Walau
bagaimanapun perancangan ini kami harus kami lakukan dengan teliti, agar
kebajikan anak-anak di Rumah Amal ini tidak terabai, kerana keperluan tinggal di
kawasan Lembah Klang adalah sangat tinggi.
Sehubungan dengan itu pihak
kami membuka peluang ini kepada tuan/puan sekiranya ada sebarang malumat
tentang penaja untuk membiayai atau sesiapa sahaja yang ingin mewakaf
rumah atau bangunan untuk menjayakan hasrat murni ini.
Rasional usaha ini dibuat
ialah atas dasar berikut:
1. Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar kerana kos sara
hidup yang tinggi.
2. Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.
3. Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu Tunggal yang
tidak terbela di kawasan bandar.
4. Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar, daripada terbiar elok
dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas. Ada saham
untuk pemilik rumah berkenaan.
5. Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk pergi
menzirahi rumah-rumah amal yang terpencil. Usaha ini memudahkan golongan
ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.
6. Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang
|
|
Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan
boleh menyumbang dalam berbagai cara:
1. MEMBIAYAI:
A. Sewaan bulanan bangunan
B. Bil-bil utiliti
C. keperluan dapor
D. Belanja persekolahan pelajar
2. MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):
A. Katil dan tilam untuk asrama
B. Keperluan dapur asrama
C. Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik
D. Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen
E. Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah
3. BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:
Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai untuk
di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar, berumur di antara 5
hingga 12 tahun.
4. MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:
A. Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama
B. Pengendali laman web
C. Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana
D. Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD
5. DOA MENDOAKAN
Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan
sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang kita
lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan
kita bersama di hari AKHIRAT kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana
persekolahan sesi 2009 akan berakhir tidak lama lagi, dimana anak-anak
di Tadika (RKH) yang ada sekarang akan mendaftarkan diri ke Sekolah
Kebangsaan pada sesi 2010 dan anak-anak di asrama Sekolah Rendah (RSK)
akan membuat persiapan untuk kemasukan musim persekolah baru.
Sila hubungi Ustazah Rohana : 019-3133430 untuk sebarangan cadangan atau Email ke
:
rkh@ykppm.org.my |
|
|