|
|
|
MADAH HUKAMA' 2
KAYA dan MISKIN:
a. Kalau kita orang yang mewah, janganlah kita berbangga, kerana Allah
boleh mengambil sekelip mata, kalau kita orang yang susah janganlah
bersedih Allah hendak meringankan beban kita, dan Allah boleh memberinya
bila-bila masa.
b. Zuhud tidak mesti tidak memilik harta, tamak tidak mesti
berada,kerana kedua-duanya adalah sifat hati.
KEMEWAHAN dan KESUSAHAN:
a. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan
kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kepada
kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
b. Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang
ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang
tiada itulah yang menjadi fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang
tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.
c. Orang yang gila dunia diserahkan dunia kepadanya,nescaya dunia itu
untuk dia.Bila seorang itu telah benci dengan dunia, serahkanlah dunia
kepadanya, nescaya dunia itu dia akan agih-agihkan sesama manusia.
RAHMAT dan ISTIDAJ:
Sekiranya seorang itu, Allah kurniakan kepadanya kesenangan dan
kemewahan, dengan rahmatNya ia akan selamat sekiranya ia diberi atas
dasar istidraj, dia tidak akan selamat daripada sombong, megah, tamak,
pembaziran dan lain- lain lagi.
BERSYUKUR DENGAN NIKMAT:
a. Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak
menerimanya tetapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh
bersyukur padaNya.
b. Di antara perkara yang pelik ialah si bakhil selalu keluh kesah
sekalipun kaya, manakala si pemurah berlapang dada dan tidak pernah
papa.
MELIHAT KESUSAHAN ORANG:
a. Melihat orang susah biasa sahaja, tidak terasa simpati dengan
kesusahan adalah salah, kalau mampu membantu tetapi tidak membantu
lagilah bersalah.bukan sahaja sikap itu dibenci Tuhan, dia sudah tidak
lagi perikemanusiaan.
b. Bersimpati dengan fakir miskin mudah, duduk dengan fakir miskin
susah.Yang paling susah hidup secara orang miskin.
IKHLAS:
Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan
menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas
membuat kebaikan.
MARAH:
Jika kita marah kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi
kebaikannya. Begitu juga jika kita suka kepada seseorang jangan sampai
tidak nampak lagi kelemahannya.
|
|