|
|
|
MADAH HUKAMA'
PEMURAH:
Pemurah tidak mesti setelah kaya, kerana
pemurah itu bermacam-macam caranya, dengan harta, dengan kemesraan,
dengan senyum, dengan fikiran, dengan ilmu pengetahuan, dengan tenaga,
dengan kemaafan, dengan berlebih kurang, dengan bertolak ansur, dengan
lapang dada,
MISKIN:
Banyak orang boleh bantu orang miskin, TETAPI tidak banyak orang yang boleh
duduk dengan orang miskin. Lebih-lebih lagi hidup macam orang miskin.
KAYA:
Bila hati rasa cukup dengan apa yang ada, tidak susahkan apa yang tiada, itulah
kaya namanya.
NASIHAT MENASIHATI:
Lebih baik kena nasihat daripada memberi nasihat, kerana memberi nasihat
susah hendak menjaga daripada merasa kelebihan diri. Baik di luar rosak
di dalam, SEPERTI tiang yang nampak di luar bersih dan berkilat TETAPI di dalam penuh
dengan bubuk dan ulat.
UJIAN:
Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya,apabila dia selalu diuji dengan
bala supaya hidup rasa bertuhannya. Agar dia mengharapkan pertolongan
Tuhannya. Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia
dibala. Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya.
Hukuman Allah itu ada pengajaran dan memberi kesan. Hukuman manusia
membebankan dan tidak ada kesan. Bahkan secara umumnya, orang yang kena
hukum itu membalas dendam berpanjangan.
PEMARAH:
Di antara tanda orang yang sombong itu: cepat melahirkan sifat marah.
Suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah, nampak di mukanya
rasa tidak senang, jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis: cakap meninggi suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di
atas kesalahan.
IBADAH:
Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di
antaranya dengan Allah.
Ibadah biar sedikit cukup, tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan
kepada jiwa.
SENYUM:
Senyum mudah sahaja, namun ia lebih mahal daripada memberi duit, kerana
ia boleh membawa kasih sayang dan kemesraan. Sebab itu syariat
menganggap senyum itu sedekah, senyumlah selalu apabila bertemu.
RASA BERSALAH:
Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah, dia yang rasa
bersalah Orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang
mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri
yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.
CINTA:
Kalau seseorang jatuh hati kepada seseorang kerana kecantikannya,
menunjukkan kasih sayang berdasarkan nafsu. Jika seseorang itu jatuh
hati kepada seseorang atas dasar akhlaknya menunjukkan orang itu
dirangsang oleh fitrahnya yang masih murni. Ini lebih bersih dari yang
di atas.
Dunia dan segala nikmatnya macamlah anak gadis yang cantik, jarang
manusia tidak digodanya, siapa yang punya dunia, tapi dunia tidak
menodainya, dia adalah manusia luar biasa.
POLITK DAKWAH:
Bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak, laksana
menghidangan makanan yang enak kepada tetamu, TETAPI ianya diberi secara dilemparkan.
|
|