![]() |
||||
|
TABUNG PEMBELIAN BAS UNTUK RUMAH-RUMAH AMAL DIBAWAH NAUNGAN YAYASAN KEBAJIKAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN MALAYSIA (YKPPM)
Assalamu'alaikum, wrt.wbt.
Usaha untuk membantu anak-anak di RKH, RSK & RPR ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masakini di rumah-rumah amal dibawah naungan kami (Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia - YKPPM)
Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah untuk mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sediaada (WY 7778 – keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat.
Untuk tujuan itu pihak kami membuka peluang kepada tuan/puan untuk menyumbang khusus kepada Tabung ini melalui:
A) Setiap sumbangan melalui cek/hendaklah dinyatakan dan ditulis dibelakang cek TABUNG PEMBELIAN BAS.
B) Bank-in sumbangan tersebut ke akaun RUMAH KASIH HARMONI: MAYBANK: 5121- 8313- 4032 CIMB BANK: 1435-0004917-05-8
Jumlah kutipan keTabung Pembelian Bas untuk RKH ini akan disiarkan perkembangannya di link: http://www.rumahamal.org/tabung_bas.htm.
Untuk tujuan itu tuan/puan yang telah menyumbang kepada tabung ini, diharap dapat mengemukakan butiran-butiran berikut agar link ini dapat dikemaskini dari masa ke semasa:
NAMA: Samada nama syarikat, persendirian, gelaran dsb. RUJUKAN: No. Cek & Bank Pembayar, No. Siri Wang Pos, No.Rujukan online banking atau cash deposit. JUMLAH SUMBANGAN: Sila nyatakan jumlah yang telah disumbangkan.
Sekiranya sumbangan tuan tidak tersenarai di dalam jadual di lamanweb tersebut, sila maklumkan kepada : Ustaz Zahari b. Alwi: HP:019-2669430 atau email terus ke: info@ykppm.org.my dengan butir-butir yang dinyatakan di atas.
PERHATIAN: 1. Tarikh akhir untuk Tabung Pembelian Bas ditetapkan pada 15 Disember 2010, Selepas tarikh tersebut pihak kami akan menilai dan membuat keputusan berdasarkan jumlah kutipan yang terkumpul bagi tujuan Pembelian Bas ini.
Keutamaan yang akandiberikan kepada tabong pembelian bas ialah: a) Membeli sebuah bas baru 40 penumpang yang benilai kurang lebih RM.160,000.00. b) Membeli sebuah bas terpakai 40 penumpang yang bernilai kurang lebih RM60,000.00 c) Membeli sebuah van terpakai 15 penumpang yang bernilai kurang lebih RM 40,000.00
2. Pembelian bas akan dibuat atas namaYayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM).
3. Pihak kami tidak akan menggunakan tabungan ini untuk keperluan tanggungan bil-bil utilities, sewaan bangunan dan keperluan harian rumah-rumah amal yang dimaksudkan. Tetapi sekiranya berlaku tunggakkan bil dan sewaan yang boleh meyukarkan perjalanan asrama RKH, RSK & RPR pihak kami akan mengambil sekadar keperluan bagi meyelesaikan maslaah tersebut. Maklumat berhubung dengan bil-bil utiliti dan sewaan bangunan bagi RKH boleh diperoleh daripada: Unit Kewangan YKPPM, Puan Mazlina bt. Abdul Rahim: HP: 019-4484103
TAMBAHAN: Sumbangan selain untuk Tabung Pembelian Bas ini masih diterima. Sumbangan untuk keperluan dapur boleh terus di Bank-in kesalahsatuakaun yang dinyatakan di atas. Sumbangan untuk menjelaskanbil-bilutiliti dan sewaan bangunan sila berurusan terus dengan Puan Mazlina bt. Abd.Rahim
Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.
Yang berusaha, ROHANA BINTI HJ. ALI Penasihat Rumah Kasih Harmoni
|
||||
|
| MENU UTAMA| AKTIVITI | OBJEKTIF| SUMBANGAN| PERANCANGAN | HUBUNGI KAMI |SENARAI PENYUMBANG| |